0 投票
2,144 浏览
分类:华小其它讨论 | 用户: (600 分) 6 14 19
已关闭 用户:
问题关闭原因: 关闭旧问题
用户: (36,270 分) 47 127 130
我有一个很短的,你要吗?
用户: (36,270 分) 47 127 130
只是我现在不方便拍照
用户: (42,260 分) 2 3 6
演讲稿要什么题目?
用户: (36,270 分) 47 127 130
她应该是要讲什么题目都可以,只要是五年级的。
用户: (600 分) 6 14 19
我要
用户: (36,270 分) 47 127 130
我可以晚上发你吗,因为我现在用着电脑哦,不能拍照~~~///(^v^)\\\~~~
用户: (600 分) 6 14 19
可以
前 | 用户: (350 分) 2 9 11
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada  para guru dan sahabat-sahabat yang dikasihi./ Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua hadirin yang dihormati,

 Hari ini, saya ingin berkongsi tentang perjalanan jiwa saya menelusuri jejak sejarah Malaysia, dari masa lampau menuju masa depan, dengan impian patriotisme yang membara di dada.

Kita sering mendengar pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri." Pepatah ini menggambarkan betapa pentingnya kita menghargai dan membangun negara kita sendiri. Jiwa merdeka bukan sekadar sebuah tarikh yang disambut, tetapi ia adalah semangat dan tanggungjawab yang perlu dipelihara setiap hari.

Merdeka bukan hanya tentang bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas dari belenggu pemikiran sempit dan sikap yang memecahbelahkan. Jiwa merdeka memerlukan kita untuk menjadi berani, bersatu, dan mempunyai kesedaran tinggi tentang tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Ini termasuklah menghargai dan memelihara warisan budaya kita, serta memastikan hak dan keadilan untuk semua.

Jiwa merdeka juga bermakna memiliki daya tahan dan tekad untuk mengatasi cabaran. Seperti pepatah Melayu, "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya." Kita perlu berusaha dengan gigih dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar kejayaan dan membina masa depan yang lebih baik untuk negara kita.

Hadirin sekalian,

Kita berada di ambang menentukan hala tuju masa depan negara. Jiwa merdeka adalah kunci kepada kesejahteraan negara. Marilah kita semua menyemai semangat kemerdekaan dalam diri kita dan berusaha bersama untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik, sejahtera, dan makmur.

Dengan tekad dan semangat merdeka yang kuat, kita akan mampu mengatasi segala rintangan dan mencipta kejayaan yang berpanjangan untuk generasi akan datang. Semoga cita-cita ini menjadi kenyataan dan Malaysia terus melangkah maju dalam segala aspek.\

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya menyatakan bahawa jika terdapat kesilapan atau ketidaksempurnaan dalam pandangan saya, saya dengan rendah hati memohon maaf. Saya berterima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan. Semoga apa yang telah saya kongsi hari ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada kita semua. Sekali lagi, terima kasih dari dasar hati saya.


Sekian,Terima kasih.

2 个回答

0 投票
用户: (19,040 分) 17 25 41
修改于 用户:

看看这两个:(比较推荐下面的那篇)
 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula, bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama ialah pemupukan kesedaran kepada anak-anak sejak kecil penting untuk memartabatkan bahasa Melayu. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua ialah kerajaan harus menjalankan kempen melalui media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan, sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.
 

Sebagai kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.

 


或者这个:
 

Saya (Nama),dari (kawasan) , ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan tugasnya serta para hadirin pendengar sekalian.

Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus  Bahasa Melayu Edisi Kedua, kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum pula sama maksudnya dengan gerakkerja di luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan  Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah.

Para pendengar sekalian,

Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah.

Warga dewan sekalian,

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.

Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahaja  dapat memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan sebagainya.

Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.

Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Sekian,terima kasih.
Mohonkan saya mengundur diri.



 

用户: (34,300 分) 89 156 178
华人讲演讲的开头都是不用使用Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,我们通常用Salam sejahtera semua
0 投票
用户: (42,260 分) 2 3 6

我这里找到两篇, 你看看能不能

希望能够帮助你, 望采纳,谢谢。

用户: (35,730 分) 16 34 38
这些国语演讲稿太短了,不适合。
用户: (35,730 分) 16 34 38
国语演讲比赛时长:4分钟,你的演讲稿应该2-3分钟就背完了。
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里发表提问并得到解答。此外,家长也可以在这里讨论和交流。
...