0 投票
1,423 浏览
分类:其它 | 用户: (520 分) 3 13 18
已关闭 用户:
问题关闭原因: 关闭旧问题
用户: (35,760 分) 16 124 129
我有一个很短的,你要吗?
用户: (35,760 分) 16 124 129
只是我现在不方便拍照
用户: (42,260 分) 2 3 6
演讲稿要什么题目?
用户: (35,760 分) 16 124 129
她应该是要讲什么题目都可以,只要是五年级的。
用户: (520 分) 3 13 18
我要
用户: (35,760 分) 16 124 129
我可以晚上发你吗,因为我现在用着电脑哦,不能拍照~~~///(^v^)\\\~~~
用户: (520 分) 3 13 18
可以

2 个回答

0 投票
用户: (18,810 分) 7 25 41
修改于 用户:

看看这两个:(比较推荐下面的那篇)
 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula, bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama ialah pemupukan kesedaran kepada anak-anak sejak kecil penting untuk memartabatkan bahasa Melayu. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua ialah kerajaan harus menjalankan kempen melalui media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan, sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.
 

Sebagai kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.

 


或者这个:
 

Saya (Nama),dari (kawasan) , ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan tugasnya serta para hadirin pendengar sekalian.

Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus  Bahasa Melayu Edisi Kedua, kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum pula sama maksudnya dengan gerakkerja di luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan  Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah.

Para pendengar sekalian,

Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah.

Warga dewan sekalian,

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.

Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahaja  dapat memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan sebagainya.

Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.

Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Sekian,terima kasih.
Mohonkan saya mengundur diri.



 

用户: (27,590 分) 18 148 172
华人讲演讲的开头都是不用使用Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,我们通常用Salam sejahtera semua
0 投票
用户: (42,260 分) 2 3 6

我这里找到两篇, 你看看能不能

希望能够帮助你, 望采纳,谢谢。

用户: (34,770 分) 12 34 37
这些国语演讲稿太短了,不适合。
用户: (34,770 分) 12 34 37
国语演讲比赛时长:4分钟,你的演讲稿应该2-3分钟就背完了。
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...