Peribahasa yang betul adalah "cubit paha kiri, paha kanan terasa juga".
Maksud peribahasa ini adalah jika seorang ahli keluarga mendapat kesusahan, ahli-ahli yang lain juga turut menghadapi kesusahan.
Contoh ayat: Ali terpaksa berhenti melanjutkan pelajaran di universiti selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius itu,bak peribahasa cubit paha kiri,paha kanan terasa juga.