Pada pendapat saya, tindakan yang boleh kita lakukan untuk mencontohi kejayaan masyarakat Tamadun Rom ialah pihak kerajaan harus menggunakan wang untuk pembangunan industri pembinaan. Seterusnya, pihak kerajaan perlu menggalakkan rakyat belajar dan bekerja dalam bidang pembinaan. Jadi, negara kita akan ada lebih banyak orang yang mahir dalam bidang pembinaan. Di samping itu, pihak kerajaan harus menggunakan teknologi untuk mengembangkan bidang pembinaan. Tambahan pula, pihak kerajaan harus menggunakan sumber alam untuk membina bangunan yang lebih kukuh dan berguna. Oleh itu, bangunan boleh kekal beberapa zaman.