0 投票
595 浏览
分类:中学马来文 | 用户: (4,280 分) 8 16 16
已关闭 用户:
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk membentuk kasih sayang antara penduduk di negara ini?

哪位大神可以帮忙,谢谢!
问题关闭原因: 关闭

7 个回答

+1 投票
用户: (42,110 分) 31 67 69
Pad a pendapat saya,saya akan menghargai perbedaan agama, budaya, bahasa, dan lainnya dapat membantu membangun pengertian dan toleransi satu sama lain. Ini juga membantu mengurangi prasangka dan stereotip yang dapat menghambat terciptanya kasih sayang di antara orang-orang.
0 投票
用户: (620 分) 1 2 2
Pada pendapat saya,langkah-langkah untuk membentuk kasih sayang antara penduduk di negara kita ialah kita haruslah sentiasa tolong-menolong bagai aur dengan tebing.Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memupuk nilai kasih sayang semasa membantu orang lain.Sebagai contoh,kita boleh membantu orang yang dalam kesusahan.
0 投票
用户: (570 分) 2 4 4
1. Mengenali dan menghormati latar belakang masyarakat

· Mengenali dan memahami dahulu masyarakat yang tinggal di sekeliling.

· Menghormati dan mencintai satu sama lain

· Malaysia - negara yang unik berbanding dengan negara yang lain kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum

· Jurang perbezaan antara kaum semakin berkurangan setelah mengecapi kemerdekaan kerana perpaduan yang terjalin antara masyarakat kita

· Kesan - pengenalan dan pemahaman antara satu sama lain akan membukan ruang kepada nilai toleransi dan hormat-menghormati supaya negara kita aman dan damai

 

2. Pembudayaan nilai-nilai murni

· Pembudayaan nilai-nilai murni bukan sahaja wajar dilaksanakan oleh masyarakat di dalam Malaysia malahan masyarakat di seluruh dunia.

· Kita haruslah mencorak kemajuan sejagat dari setiap segi terutamanya dalam kesejahteraan hidup untuk memudahkan urusan harian.

· Kemajuan ini boleh dikekalkan dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai tolak ansur, baik hati, hormat-menghormati dan kesederhanaan.

· Contoh: Apabila kita melihat orang yang dalam kesusahan, kita perlu membantu individu tersebut dalam kapasiti yang kita mampu. Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan baik pasti akan dibalas dengan kebaikan

· Jika kebanyakan di antara kita sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, masyarakat akan menjadi harmoni dan negara kita akan ke arah yang lebih baik.

 

3. Menyertai aktiviti kemasyarakatan

· Kesejahteraan hidup bermasyarakat dapat dijamin dengan penyertaan dalam aktiviti sosial seperti aktiviti gotong-royong dan rukun tetangga

· Aktiviti gotong-royong - mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran tetangga dan memastikan kebersihan kawasan setempat terjaga

· Aktiviti Rukun Tetangga - keselamatan keluarga dan jiran tetangga terjamin

· Melibatkan diri dalam komuniti setempat - dapat menyalurkan masalah dan kerunsingan yang dihadapi dengan lebih jelas kerana suara yang dibawakan oleh sekumpulan adalah lebih kuat berbanding suara secara berseorangan.

· Bak kata mutiara, sebatang lidi mudah patah tetapi apabila menjadi penyapu, ia menjadi kuat dan kukuh
0 投票
用户: (11,410 分) 16 27 28
Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk membentuk kasih sayang antara penduduk di negara ini ialah rakyat harus saling membantu tanpa mengira kaum atau bangsa. Selain itu, rakyat perlu saling menghormati. Seterusnya, pihak kerajaan harus memupuk perpaduan antara rakyat. Di samping itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak. Tambahan pula, rakyat harus sentiasa menyertai aktiviti komuniti seperti bergotong-royong untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
0 投票
用户: (-460 分) 2 5 5
0 投票
用户: (53,200 分) 51 158 162

mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga menggalakkan aktiviti bergotong-royong atau bersukan amalan kunjung-mengunjung peranan media massa menghormati hak masing-masing bersedia menawarkan bantuan yang mampu

 

0 投票
用户: (34,530 分) 26 32 34

类似问题

  • pihak rukun tetangga haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong - kegiatan gotong royong memudahkan masyarakat setempat untuk beramah mesra
  • masyarakat setempat  bolehlah mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi - masyarakat pelbagai kaum mengunjungi rumah jiran tetangga sambil berbual mesra
  • penduduk di negara ini digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan - dapat menyihatkan badan sekali gus merapatkan hubungan silaturahim
  • masyarakat pelbagai kaum harus memperbanyakkan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu - semua masyarakat pelbagai kaum dapat berkomunikasi antara satu sama lain
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...