1. Mengenali dan menghormati latar belakang masyarakat
· Mengenali dan memahami dahulu masyarakat yang tinggal di sekeliling.
· Menghormati dan mencintai satu sama lain
· Malaysia - negara yang unik berbanding dengan negara yang lain kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum
· Jurang perbezaan antara kaum semakin berkurangan setelah mengecapi kemerdekaan kerana perpaduan yang terjalin antara masyarakat kita
· Kesan - pengenalan dan pemahaman antara satu sama lain akan membukan ruang kepada nilai toleransi dan hormat-menghormati supaya negara kita aman dan damai
2. Pembudayaan nilai-nilai murni
· Pembudayaan nilai-nilai murni bukan sahaja wajar dilaksanakan oleh masyarakat di dalam Malaysia malahan masyarakat di seluruh dunia.
· Kita haruslah mencorak kemajuan sejagat dari setiap segi terutamanya dalam kesejahteraan hidup untuk memudahkan urusan harian.
· Kemajuan ini boleh dikekalkan dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai tolak ansur, baik hati, hormat-menghormati dan kesederhanaan.
· Contoh: Apabila kita melihat orang yang dalam kesusahan, kita perlu membantu individu tersebut dalam kapasiti yang kita mampu. Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan baik pasti akan dibalas dengan kebaikan
· Jika kebanyakan di antara kita sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, masyarakat akan menjadi harmoni dan negara kita akan ke arah yang lebih baik.
3. Menyertai aktiviti kemasyarakatan
· Kesejahteraan hidup bermasyarakat dapat dijamin dengan penyertaan dalam aktiviti sosial seperti aktiviti gotong-royong dan rukun tetangga
· Aktiviti gotong-royong - mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran tetangga dan memastikan kebersihan kawasan setempat terjaga
· Aktiviti Rukun Tetangga - keselamatan keluarga dan jiran tetangga terjamin
· Melibatkan diri dalam komuniti setempat - dapat menyalurkan masalah dan kerunsingan yang dihadapi dengan lebih jelas kerana suara yang dibawakan oleh sekumpulan adalah lebih kuat berbanding suara secara berseorangan.
· Bak kata mutiara, sebatang lidi mudah patah tetapi apabila menjadi penyapu, ia menjadi kuat dan kukuh