+1 投票
640 浏览
分类:中学马来文 | 用户: (810 分) 7 7 9
已关闭 用户:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang usaha-usaha berjimat untuk aktiviti melancong. Panjangnya ringkasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. 

      Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong, kita perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. 

       Tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika merancang untuk bercuti, hanya guna duit tabungan yang diasingkan untuk kegunaan bercuti. Apabila hendak bercuti di luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempattempat menarik negara itu supaya percutian diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Jika melalui pakej pelancongan, cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang murah tetapi selesa. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan. Seandainya hendak ke negara sejuk pakaian yang bersesuaian perlu disediakan. Sebelum melancong dan bercuti, perlulah merancang perbelanjaan dengan rapi dan teliti yang hendak digunakan semasa melancong. Penyediaan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makanan, dan pengangkutan adalah sangat penting. Anggaran perbelanjaan ini untuk mengawal perbelanjaan semasa bercuti, terutama jika bercuti di luar negara. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita.   

             Sebelum bercuti keperluan utama perlu diadakan supaya tidak kelam kabut pada saat-saat akhir. Pastikan visa dan pasport sudah diperoleh untuk ke luar negara. Jika perlu pemeriksaan kesihatan diselesaikan untuk memastikan kesihatan terjamin. Industri pelancongan banyak bergantung pada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan pada saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka dimasukkan ke dalam anggaran perbelanjaan. Sebaik sahaja sampai ke destinasi percutian, pastikan mendapatkan peta tempat tersebut bagi mudah mencari tempat dan kosnya. Maklumat ini penting supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Selain itu, kita memilih jenis pengangkutan yang sesuai seperti bas atau teksi untuk pergi melawat ke tempat-tempat menarik yang telah ditetapkan. 

         Pilihan pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos dan tidak mudah tertipu. Penggunaan kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak tetapi lebih baik elakkan menggunakan kad kredit untuk mengelakkan daripada melebihi bajet. Kesimpulannya, perancangan kewangan yang bijak akan menjimatkan percutian malah memberi pulangan yang bermanfaat

已关闭
用户: (810 分) 7 7 9
谁回答了,我就会采纳他的回答
用户: (2,900 分) 53 58 67
额。。。可以把整个文章分段吗?
用户: (210 分) 4 10 23
这么快采纳??其他人要回答的

1个回答

0 投票
用户: (210 分) 4 10 23
采纳于 用户:
 
已采纳

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong, kita perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika merancang untuk bercuti, hanya guna duit tabungan yang diasingkan untuk kegunaan bercuti. Apabila hendak bercuti di luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempattempat menarik negara itu supaya percutian diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Jika melalui pakej pelancongan, cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang murah tetapi selesa. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan. Seandainya hendak ke negara sejuk pakaian yang bersesuaian perlu disediakan. Sebelum melancong dan bercuti, perlulah merancang perbelanjaan dengan rapi dan teliti yang hendak digunakan semasa melancong. Penyediaan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makanan, dan pengangkutan adalah sangat penting. Anggaran perbelanjaan ini untuk mengawal perbelanjaan semasa bercuti, terutama jika bercuti di luar negara. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita. Sebelum bercuti keperluan utama perlu diadakan supaya tidak kelam kabut pada saat-saat akhir. Pastikan visa dan pasport sudah diperoleh untuk ke luar negara. Jika perlu pemeriksaan kesihatan diselesaikan untuk memastikan kesihatan terjamin. Industri pelancongan banyak bergantung pada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan pada saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka dimasukkan ke dalam anggaran perbelanjaan. Sebaik sahaja sampai ke destinasi percutian, pastikan mendapatkan peta tempat tersebut bagi mudah mencari tempat dan kosnya. Maklumat ini penting supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Selain itu, kita memilih jenis pengangkutan yang sesuai seperti bas atau teksi untuk pergi melawat ke tempat-tempat menarik yang telah ditetapkan. Pilihan pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos dan tidak mudah tertipu. Penggunaan kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak tetapi lebih baik elakkan menggunakan kad kredit untuk mengelakkan daripada melebihi bajet. Kesimpulannya, perancangan kewangan yang bijak akan menjimatkan percutian malah memberi pulangan yang bermanfaat 

找着其他的

用户: (2,900 分) 53 58 67
我想问ringkasan给的文章最多有几个isi在里面?
用户: (210 分) 4 10 23
不确定,但至少会多过5个
用户: (2,900 分) 53 58 67
好的,我还以为最多只有六个而已
用户: (2,900 分) 53 58 67
termasuk persiapan belanjawan

上面这个应该是huraian吧
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...