AKIBAT TIDAK MENDENGAR NASIHAT
Hazif seorang budak yang degil. Hazif suka mandi di sungai bersama kawan-kawannya. Walaupun dilarang oleh ibunya, Hazif tidak mengendahkan larangan tersebut. Hazif sudah berjanji dengan kawan-kawannya mahu mandi di sungai pada petang itu.
Kawan-kawan Hazif sedang menunggu di tepi sungai. Kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang mandi. Ada yang sedang berenang dan tidak kurang juga yang sedang menangkap belut.
Hazif tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Hazif dan kawan-kawannya terus berenang. Mereka asyik berenang dan bermain-main di dalam air. Air sungai mulai pasang. Tiba-tiba, terdengar jeritan meminta tolong. Kumaresan, salah seorangkawan Hazif sedang terkapai-kapai di dalam air. Kumaresan hampir kelemasan. Hazif ingin membantu, dia berenang ke arah Kumaresan. Kok Seng pula berlari pulang meminta bantuan. Kumaresan berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai.
Sedang dalam kesibukan menyelamatkan Kumaresan, mereka terlupa tentang Hazif.Orang ramai cuba mencari Hazif tetapi tidak berjaya. Itulah akibatnya jika tidak mendengar kata.
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah iaitu ibu Hazif selalu malarang anaknya mandi di sungai demi keselamatan anaknya. Selain itu terdapat nilai janji iaitu Hazif berjanji mandi bersama rakan-rakannya dan dia tiba tepat pada waktunya. Terdapat juga nilai apabila kawan-kawan Hazif sanggup menunggunya di tepi sungai untuk mandi bersama-sama. Di samping itu, terdapat nilai seperti Hazif ingin membantu Kumaresan yang hampir lemas. Akhir sekali ialah nilai iaitu Kok Seng yang segera berlari pulang untuk meminta bantuan.
要怎么填?