Larutan dan Ampaian
Larutan ialah campuran homogen (seragam) yang terhasil apabila pepejal atau gas larut dalam cecair.
Ampaian ialah campuran tidak homogen (tak seragam) yang terbentuk daripada zarah-zarah pepejal kecil tak terlarut dalam gas atau cecair.
Perbezaan antara larutan dan ampaian.
Larutan (contoh serbuk kumprum(II) sulfat)
- homogen
-campuran yang jernih dan lutsinar
-tiada enapan terbentuk
-tidak dapat diasingkan melalui penurasan
Ampaian (contoh tepung gandum)
- tidak homogen
- campuran yang keruh dan legap
-menyerakkan cahaya dan tidak membenarkan cahaya melaluinya
-enapan terbentuk apabila dibiarkan
- dapat diasingkan melalui penurasan