这是一篇关于Sambutan Hari Kebangsaan的作文。
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia. Hari ini amat penting dalam sejarah negara kita. Jadi, SJK(C) Tiram telah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan pada minggu yang lalu. Sambutan ini bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan negara dan menghargai pertarungan dan pengorbanan yang diperjuangkan oleh pahlawan-pahlawan. Para pahlawan berjuang pada masa dahulu, menjadi Malaysia yang makmur dan harmoni, dan menentukan nasib kita.
Setibanya di sekolah, cuaca pada hari itu kelihatan begitu cerah, langit biru yang terang memayungi sekolah. Sekeliling kawasan sekolah dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang. Tidak lama kemudian, upacara perasmian dimulakan. Mula-mula, Guru Besar SJK(C) Tiram, iaitu Encik Ku Chee Hau memberikan ucapan untuk merasmikan upacara ini. Beliau menyeru agar murid-murid sentiasa berbakti kepada raja dan negara. Sesudah itu, setiap guru dan murid berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan “Negaraku”, juga nampaklah Jalur Gemilang dikibarkan.
Apabila sambutan ini telah dirasmikan dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali, pelbagai persembahan yang amat menyeronokkan turut dimulakan. Antaranya termasuklah nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya. Dalam banyak persembahan, pertunjukan penjajahan ternyata menjelmakan kenangan yang mendalam kepada para guru dan murid. Pertunjukan tersebut mempersembahkan sejarah penjajahan Malaysia, menakjubkan setiap orang laksana permata yang bersinar. Tidak menyimpang dari jangkaan, pertunjukan tersebut mendapatkan sorakan dan tepukan yang gemuruh.
Selepas itu, pihak sekolah telah mengelolakan pertandingan melukis poster dan syarahan yang bertemakan semangat patriotik. Walaupun saya dan rakan sekelas saya tidak mengambil bahagian dalam peraduan syarahan Hari Kebangsaan, namun kami bertekad menyertai pertandingan melukis poster. Kami menghasilkan poster dengan penuh kreativiti masing-masing. Selanjutnya, guru besar juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Saya melonjak kegembiraan ketika diumumkan menggapai kemenangan dalam pertandingan melukis poster. Wajah saya berseri-seri di pentas lalu menerima piala itu yang gemilang sekali. Saya tidak dapat menahan diri daripada ketawa terbahak-bahak kesenorokan, mendengar tepukan yang gemuruh, menikmati detik gemilang ini.
Setelah pelbagai persembahan yang penuh warna dan semangat, pihak sekolah turut menyediakan aktiviti perarakan Jalur Gemilang di sekeliling kawasan sekolah. Setiap murid memegang panji kecil di tangan, melangkah dengan bangga sambil melaungkan slogan-slogan patriotik. Guru-guru juga menyertai perarakan ini, memberikan semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk lebih mencintai negara. Suasana perarakan ini riuh-rendah, dengan sorakan dan senyuman yang menggambarkan semangat perpaduan di kalangan semua warga sekolah.
Pada pukul 12.00 tengah hari, sambutan ini telah menemukan noktahnya. Dalam sambutan tersebut, kami berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Pengalaman sambutan tersebut ternyata menjelmakan memori yang manis dan nostalgia. Kami berharap supaya sambutan ini dapat diadakan setiap tahun untuk menyemarakkan generasi muda lagi, berkomitmen mempertahankan Malaysia yang damai dan mesra. Dengan keazaman dan semangat patriotik, negara kita dapat mencapai kemajuan.
由于整段句子那边难分行,我就不把作文填在那边了。