Pendahuluan
Pada zaman modernisasi ini, sukan semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, sukan harus dipandang serius dan tidak harus diabaikan oleh masyarakat bagai melukut di tepi gantang. Oleh itu, kita harus memupuk sukan ini supaya menjadi tabiat dalam kehidupan kita. Tepuk dada, tanya selera. Persoalannya, apakah faedah sukan?
Isi Karangan
Pertama sekali, sukan baik untuk kesihatan fizikal kita. Dengan bersukan, badan kita menjadi lebih kuat dan sihat. Sukan seperti berlari, berenang, atau bermain bola sepak membantu mengurangkan berat badan dan mengelakkan penyakit seperti obesiti dan diabetes.
Kedua, sukan juga baik untuk kesihatan mental. Apabila kita bersukan, kita merasa lebih gembira dan kurang stres. Ini kerana sukan membantu tubuh kita menghasilkan hormon yang membuat kita merasa bahagia.
Selain itu, sukan juga membantu kita membuat kawan baru. Semasa bersukan, kita dapat berjumpa dengan ramai orang dan bekerja sama dalam satu pasukan. Ini membuat kita lebih senang bergaul dan bekerjasama dengan orang lain.
Akhir sekali, sukan juga boleh mengharumkan nama negara. Apabila atlet negara kita menang dalam pertandingan besar seperti Sukan Olimpik, kita semua merasa bangga. Ini juga menunjukkan bahawa negara kita hebat dalam bidang sukan.
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah sukan. Oleh itu, kita harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengekalkan amalan sukan dalam kalangan masyarakat. Seperti kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Diharapkan kita semua akan lebih aktif bersukan supaya hidup kita lebih sihat dan gembira.
(如果我写成这样呢)