答案是:
Ejaan yang betul ialah kerosakan yang membawa makna:
kata nama
1. hal atau keadaan rosak.
Contoh penggunaan:
Mekanik akan memeriksa enjin kenderaan untuk mengenal pasti kerosakan yang dialami.
kata kerja tak transitif
2. mengalami keadaan rosak.
Contoh penggunaan:
Lori yang dipandunya kerosakan brek lalu merempuh plaza tol.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1898).
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.