Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, istiadat pelantikan baginda sebagai Sultan Perak bukan satu pesta untuk bersuka-suka. Baginda bertitah, iatiadat itu bertujuan untuk mengingatkan kembali rakyat tentang sejarah negara yang memiliki tamadun bangsa, berlandasan adab yang bertiangkan adat. Baginda menegaskan yang istiadat itu bukan satu pesta untuk bersuka-suka dan berpesta-pesta. Sesungguhnya, baginda amat sensitif tentang aspek perbelanjaan di zaman kemelesetan ekonomi ini. Semasa bertitah dalam Mesyarat Dewan Negeri Perak di Istana Iskandariah, baginda memperingatkan Ahli-ahli Jawatankuasa Istiadat Pertabalan agar memastikan elemen bermewah-mewah dan bermegah-megah dihindarkan.
找kesalahan bahasa
我感觉是kata ganda错
可是我不确定
帮个忙哈,谢谢谢谢谢谢谢谢