Sebenarnya, perkataan coba tidak wujud dalam bahasa Melayu. Cuba bermaksud berusaha untuk membuat sesuatu. Biasanya digunakan apabila membuat sesuatu yang tidak pernah membuat. Coba ialah Cuba dalam bahasa Indonesia.
Menurut eKamus, cobak bermaksud cuba atau koyak-rabak, compang-camping, berlubang-lubang(biasanya digunakan pada pakaian).
Saya mencari ayat contoh cobak di Internet tetapi tidak dapat cari. Saya hanya ternampak ayat-ayat contoh cobak-cabik yang bermaksud koyak-rabak. Maka, mungkin cobak tidak sering digunakan.
Saya harap maklumat yang saya berikan dapat membantu kamu.
Terima kasih~