0 投票
190 浏览
分类:中学其它科目 | 用户: (50 分) 2 7 8
已关闭 用户:
已关闭

1个回答

0 投票
用户: (59,620 分) 6 24 33
采纳于 用户:
 
已采纳

Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah.

Perang Dunia Pertama tercetus pada 1914 hingga 1918.

Perang Dunia Kedua pula pada 1939-1945 

  

Perang Dunia Pertama

•Berlaku dikalangan negara termasuk empayar Uthmaniyah.

•Persaingan kuasa imperialis, pembentukan pakatan ketenteraan dan konflik di rantau Balkan.

Peristiwa Perang Dunia Pertama

•Pihak yang terlibat

Kuasa Tengah (Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan Uthmaniyah).

Pakatan Bertiga (Britain, Perancis, Rusia), disokong oleh Serbia, Itali, Romania, Protugal dan Greece.

•28 Julai 1914

Austria-Hungary dengan sokongan Jerman isytihar perang terhadap Serbia.

•30 Julai 1914

Rusia beri bantuan ketenteraan untuk pertahankan Serbia.

•1 Ogos 1914

Jerman isytihar perang terhadap Rusia

•3 Ogos 1914

Jerman serang Perancis manakala Rusia menyokong Perancis.

Jerman ceroboh Belgium untuk menyerang Perancis.

•4 Ogos 1914

Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang ceroboh Belgium.

•Oktober 1914

Uthmaniyah sertai perang dengan memihak kepada Kuasa Tengah.

•Mac 1915

Itali sertai Perancis, Britain, Rusia dalam Pakatan Bertiga.

•April 1917

Amerika Syarikat sertai perang dengan memihak kepada Pakatan Bertiga.

  

Berakhir Perang Dunia Pertama

Penglibatan Amerika Syarikat dalam Pakatan Bertiga membawa kejayaan pada tahun 1918.

Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata.

Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia.

Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai diadakan.

Persidangan Damai Paris

18 Januari 1919

Membincangkan syarat perdamaian selepas perang.

Memastikan Jerman tidak menjadi ancaman di Eropah.

Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, cadangan asas perdamaian oleh Presiden Amerika Syarikat.

Merangkumi dua prinsip:

Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

Sempadan negara berasaskan bangsa.

  

Persidangan Versailles

28 Jun 1919

Negara yang terlibat ialah Pakatan bertiga dan Jerman.

Kesan terhadap Jerman

Bertanggungjawab terhadap kemusnahan.

Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.

Mengehadkan saiz angkatan tentera.

Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

Penubuhan Liga Bangsa-bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.

谢谢

可参考

https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-10-03-02/kssm-f4-sj-03/latar-belakang-perang-dunia

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_Pertama

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_Kedua

https://www.my.wislah.com/latar-belakang-perang-dunia-nota-ringkas-sejarah-tingakatan-4-bab-3-konflik-dunia-dan-pendedudukan-jepun-di-negara-kita/

谢谢。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

用户: (59,620 分) 6 24 33
perang dunia pertama
1914-1918
faktor yang mencetuskan perang dunia :
1)persaingan kuasa imperialis
cth: revolusi industri,arang batu,petroleum,bijih timah
2)pembentukan pakatan ketenteraan
cth:kuasa tengah vs pakatan bertiga
3)konflik di rantau balkan


peristiwa perang dunia pertama
melibatkan dua pakatan kuasa,iaitu pakatan bertiga dan kuasa tengah. Kuasa tengah melibatkan negara Jerman dan negara Australia Hungry dan disertai oleh  Bulgaria dan Empayar Uthmanyah. Pakatan ketiga melibatkan negara Perancis, Ireland, British dan Rusia dan disokong oleh Serbia,Itali,Portugal,Greece dan Romania.

亥,算了懒惰打字了给你链接吧
https://youtu.be/kdW5qRKm_KA
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...