Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
- Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera.
- Dasar pemerintahan diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army - dilaksanakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Dasar Pentadbiran
- Pentadbiran tentera Jepun
- Pada peringkat awal Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera membentuk Kawasan Pertahanan Khas.
- Diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25, berpusat di Singapura.
- Pada April 1944, dipisahkan kerana terdapat perbezaan sistem politik dan ekonomi ketara di bawah British dan Belanda sebelum perang.
- Sumatera di bawah pasukan tentera Jepun ke-25, berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera.
- Tanah Melayu ditadbir oleh tentera Jepun ke-29, berpusat di Taiping, Perak.
- Dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru).
- Singapura dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) dan diasingkan dari Tanah Melayu.
- Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula dipindahkan bawah pentadbiran di Thailand.
- Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran (Kita Boruneo) yang diketuai Gabenor Jeneral di bawah tentera Jepun ke-37, berpusat di Kuching.
- Kempetai:
- Pasukan polis tentera untuk menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun.
- Ganas, kejam, menyiksa dan membunuh sesiapa di syaki sebagai antipentadbiran Jepun.
- Dasar terhadap Raja-raja Melayu
- Pentadbiran tentera Jepun iktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.
- Diberi bayaran pencen seperti sebelum perang.
- Diawasi oleh Gabenor Jepun
- Dasar terhadap kepimpinan tempatan
- Jepun beri peluang pemimpin tempatan yang berpengalaman dan berpendidikan untuk kenaikkan pangkat.
- Mengatasi kekurangan pengawai dan mendapatkan sokongan penduduk.
- Jepun tubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrejo- menanam semangat memperjuangkan politik Jepun.
Dasar Ekonomi
- Rancangan Pengeluaran Lima Tahun diperkenalkan
- membangunkan industri tempatan.
- Memastikan penggunaan optimum peralatan.
- Jawatankuasa Penyelidikan Bahan diperkenalkan.
- Mata wang Jepun mengganti mata wang British.
Dasar Sosial
- Pendidikan
- Menutup sekolah Inggeris dan Cina.
- Bangunan digunakan untuk keperluan pentadbiran.
- Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
- membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu).
- mencapai teknologi industri.
- menerapkan nilai Jepun.
- Menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin), hormati Maharaja Jepun (Tenno Heika).
- Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dijalankan.
- Perhimpunan sekolah bermula dengan menghadap arah negara Jepun dan nyanyian lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo).
- Pegawai agama diminta sampaikan hal yang diputuskan oleh tentera Jepun dalam kelas agama di masjid dan surau.
- Masjid digunakan untuk sokong dasar Jepun.
- Sikap Jepun terhadap agama
- Tentera Jepun menghormati agama Islam dan adat Melayu
- Tidak campur tangan dalam adat resam tempatan.
- Kelas pengajian al_quran dan sekolah agama diteruskan.
- Majlis Agama Negeri ditubuhkan
- Persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar.
- Catuan dan penghasilan makanan
- Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting diperkenalkan - kawal bekalan barangan.
- Catuan makanan dikuatkuasakan - kawal jualan barangan keperluan asas.
- Menggalakkan penduduk menanam makanan sendiri - kempen "Tambah Lebih Banyak Makanan".
- Menjadikan penduduk lebih kreatif - hasilakn tempe daripada biji getah.
- Layanan terhadap penduduk
- Jepun beri layanan berbeza mengikut kaum.
- layanan baik kepada kaum Melayu untuk dapat sokongan.
- Membantu orang India tubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara, pimpinan Subhas Chandra Bose.
- Jepun beri layanan teruk kepada orang Cina kerana permusuhan daripada Perang China-Jepun.
- Orang Cina dipaksa bayar wang sebagai hukuman penentangan mereka.
- Landasan Kereta Api Maut antara bukti kekejaman Jepun:
- Orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh.
- Ramai terkorban akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan, kerja berat dan pelbagai jenis penyakit.