Pada minggu yang lepas , saya dan rakan-rakan saya telah menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah .Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan kawasan sekolah kami sentiasa bersih , cantik dan ceria .Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid .
Pada awal pagi,kami berkumpul di dewan sekolah .Pihak sekolah telah menyediakan peralatan yang diperlukan seperti cangkul , sebit ,penyapu dan lain-lain . Guru besar telah memberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti gotong-royong.
Selepas mendengar taklimat , murid - murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan mempunyai kerja masing-masing Antaranya termasuklah membersihkan longkang yang tersumbat , mengelap tingkap , menyusun kerusi dan meja ,menyabit rumput yang panjang , menanam pokok bunga untuk menceriakan kawasan sekolah dan sebagainya .
Pada pukul 8.30pagi , aktiviti gotong-royong pun bermula . Kami melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh . Suasana di situ sangat meriah dan mesra .
Tiga jam kemudian , aktiviti gotong-royong telah tamat . Kami berehat sambil berbual-bual. Walaupun penat , namun kami tetap berasa gembira kerana kawasan sekolah kami kelihatan bersih dan ceria
纯手打的字,这是gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
谢谢