Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.
Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi, dan osteoporosis.