我写大纲和format:
问候+开场白一段
Hadirin sekalian,
写一段形容大家的努力(过程)
Rakan-rakan sekalian,
写一下学校+教练+家人等等的辅助和支持(感谢他们的付出)
Rakan sekalian,
团队/自己的感想(如我们感到很光荣能为校争光)
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
答应大家会继续努力
Sekian,terima kasih.
范文(给你看格式罢了,无关isi):
(问候+开场白一段)Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
(写一段形容大家的努力(过程))Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
(写一下学校+教练+家人等等的辅助和支持(感谢他们的付出))Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga merupakan ibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
(团队/自己的感想(如我们感到很光荣能为校争光))Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
(答应大家会继续努力)Guru umpama lilin yang membakar sendiri demi menerangi orang lain.Guru yang sentiasa berusaha membentuk kelas yang aktif dan menarik.Dengan ini,saya mahu mewakili murid-murid mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru.
Sekian , terima kasih.