Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana.
_________________________________________________________________________
Rangka karangan
Pendahuluan
-Alamat pengirim
-Tarikh
-Kata-kata aluan dan bertanya khabar
Isi utama
1. menceritakan pekerjaan utama masyarakat sebagai nelayan sebagaipunca rezeki
2. berpeluang mempelajari selok-belok tentang kehidupan nelayan, pergi kepantai untuk melihat nelayan pergi dan pulang
3. masyarakat yang ramah dan selalu senyum, mudah mendapat kawan, satu sekolah dengan dengan saya
4. sekolah berhampiran dengan rumah, tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, sering membantu rakan-rakan, guru sering memberi nasihatdan peransang
Penutup
- menjemput rakan untuk bercuti
______________________________________________________________________________
No. 13,
Kampung Nelayan,
Kuantan, Pahang.
30 April 2012
Assalamualaikum,
Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.
Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.
Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.
Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.
Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.
Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini.
Sahabatmu
Amirull
_______________________________________________________________________________