Iktibar yang diperoleh daripada peristiwa peperangan di dunia ialah kita perlu mengelakkan peperangan demi kesejahteraan manusia.Hal ini demikian kerana peperangan menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
Selain itu,kita perlu memastikan negara kita mempunyai sistem pertahanan yang maju supaya dapat mempertahankan negara daripada ancaman luar.
Di samping itu,kita perlu menghargai keamanan yang ada kerana peperangan menyebabkan keadaan sesebuah negara menjadi huru-hara.