I1= Amalan menabung dapat memupuk sikap berjimat-cermat dalam diri seseorang.
H1=Hal ini dikatakan demikian kerana amalan menabung dapat mengelakkan seseorang daripada membazirkan wang dalam kehidupan harian supaya wang yang dijimatkan dapat ditabungkan,intan kata mutiara ingat sebelum kena,jimat sebelum habis.
C1=Contohnya,murid-murid tidak akan terikut-ikut dengan trend pembelian telefon pintar terbaharu jika mereka mengamalkan amalan menabung sejak kecil,bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
I2=Amalan menabung mampu mengelakkan keruntuhan institusi keluarga akibat masalah kewangan.
H2=Masalah pengurusan kewangan dalam sesebuah keluarga boleh menolak keluarga tersebut kepada titik pergolakan dan seterusnya memudaratkan kebahagiaan dan kemesraan antara setiap ahli keluarga.
C2=Misalnya,anak-anak yang tidak mengamalkan amalan menabung semestinya kerap meminta ibu bapanya memberikan wang kepadanya untuk membeli barangan yang diingini lalu mudah mencetuskan pergaduhan dengan ibu bapanya.
I3=Amalan menabung mampu mengurangkan pembaziran sumber.
H3=Hal ini kerana sikap boros berbelanja sentiasa bersangkut-paut dengan pembelian barangan dan makanan yang melebihi keperluan sendiri.
C3=Andai kata setiap orang mengamalkan amalan menabung,mereka hanya akan membeli makanan dalam kuantiti yang diperlukan,persis kata mutiara ukur baju di badan sendiri dan tindakan ini sekaligus dapat mengurangkan pembaziran makanan disebabkan makanan yang dibeli sudah dimakan sebelum tarikh lupus.
*SPM只要三到四个isi(karangan panjang),要的话你就加多一点ungkapan menarik和huraian或加多一个isi。