Tindakan yang boleh dilakukan oleh generasi muda untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pada masa kini ialah generasi muda harus menjauhi diri daripada menyentuh isu-isu sensitif yang berkaitan dengan perkauman dan keagamaan orang lain agar mengelakkan sebarang konflik.Selain itu,generasi muda wajar mengenali dan menghormati adat resam dan budaya kaum lain supaya mengelakkan ketegangan hubungan antara kaum.Di samping itu,generasi muda patut tidak terpedaya dan terikut-ikut dengan isu perkauman yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak agar perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan.Bukan itu sahaja,generasi muda perlu meraikan sambutan perayaan kaum lain untuk menjalinkan hubungan positif dan baik di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.