Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat.
Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi.
Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.
Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan.
Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat.
Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa.
Sumber: Carian Umum (dbp.gov.my)
Hingga
1. Kata sendi nama 'hingga' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.
2. Ia membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat yang ditentukan/batas/had sempadan.
Sehingga/hinggakan/sehinggakan
1. Kata sendi nama 'sehingga' digunakan di hadapan kata nama dan frasa nama.
2. Ia membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat, tetapi had masa tidak ditentukan atau tidak ditetapkan/tidak dapat dipastikan dengan tepat atau sampai siap/menjadi.
Sumber:Hingga dan Sehingga ~ Tatabahasa Melayu untuk Semua (tatabahasamelayumudah.blogspot.com)