Penggodam bermaksud orang yang menceroboh masuk ke dalam sistem komputer untuk mengakses data dan maklumat sulit dan sebagainya.
Penggodam 才是骇客的意思。
Contoh ayat: Tindakan segera perlu diambil untuk menjejaki dan menangkap penggodam sistem komputer itu.
Penggodaman bermaksud perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain untuk mencuri data dan maklumat sulit dan sebagainya.
Penggodaman 是入侵电脑系统的意思。
Contoh ayat: Penggodaman laman web oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kerugian besar kepada syarikat dan penggunanya.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Perdana