Iktibar yang boleh kita ambil berdasarkan binaan seni bina yang ada dalam tamadun rom ialah pihak kerajaan boleh menggunakan wang untuk pembangunan industri pembinaan agar negara kita mempunyai seni bina yang lebih baik. Seterusnya, pihak kerajaan boleh menggalakkan rakyat belajar dan bekerja dalam bidang pembinaan. Jadi, negara kita akan ada lebih banyak orang yang mahir dalam bidang pembinaan. Di samping itu, pihak kerajaan boleh menggunakan teknologi untuk mengembangkan bidang pembinaan. Tambahan pula, pihak kerajaan juga boleh menggunakan sumber alam untuk membina bangunan yang lebih kukuh dan berguna. Oleh itu, bangunan boleh kekal beberapa zaman.