Andaikan saya seorang pemimpin semasa Kesultanan Melayu Melaka, saya akan menyatupadukan pembesar dan rakyat negara saya untuk mengekalkan kedaulatan negara. Oleh itu, kita akan bekerjasama semasa menghadapi cabaran atau ancaman musuh. Selain itu, saya akan menegakkan keadilan dan tidak pilih kasih. Hal ini demikian kerana negara akan menjadi aman dan harmoni. Seterusnya, saya akan menjalinkan hubungan dengan negara lain. Hal ini demikian kerana kita boleh saling membantu semasa menghadapi cabaran.