+7 投票
11,002 浏览
分类:中学马来文 | 用户: (3,130 分) 31 48 56
已关闭 用户:
希望可以回复。
问题关闭原因: 关闭旧问题

4 个回答

+2 投票
用户: (23,590 分) 46 54 59

Keselamatan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita, malahan sejak sekain lama kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia. Kemalangan tersebut telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa, terutamanya kemalangan yang melibatkan bas. Oleh itu, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

Antara langkah yang patut dilakukan ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan raya perlu diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Syarat kelulusan bagi ujian kelas memandu juga haruslah dinaikkan. Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk memahirkan mereka dengan kemahiran yang diajarkan di kelas memandu dahulu. Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem brek yang rosak merupakan salah satu penyumbang utama kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum digunakan, khususnya untuk perjalanan yang jauh. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan haruslah mewajibkan pemeriksaan kenderaan dilakukan setiap tahun dan mengenakan denda terhadap mereka yang mengingkarinya.

Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di kawasan lebuh raya, walaupun sesetengah pemandu sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi apabila suatu peraturan itu telah ditetapkan, mereka harus mematuhinya.

Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli akan keselamatan di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.

Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata pepatah, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur.

Sumber : 

http://cikgumuizz.blogspot.com/2015/11/karangan-fakta-keselamatan-jalan-raya.html?m=1

希望我可以帮到你!

用户: (3,130 分) 31 48 56
谢谢你。
用户: (23,590 分) 46 54 59
不用客气!
+1 投票
用户: (13,450 分) 36 43 43

Keselamatan di jalan raya

​​​Keselamatan di jala raya amat dititikberatkan.Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kecuaian kita sendiri.Apabila tiba hari perayaan, isu utama yang sering dibincangakn adalah tentang kemalangan jalan raya.Keadaan ini membuktikan bahawa keselama tan jalan raya tidak dipandang serius oleh pengguna.

    Terdapat pelbagai cara menjaga keselama tan di jalan raya . Antaranya adalah berjalan mengikut laluan pejalan kaki.Pajaln kaki hendaklah menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

    Selain itu, penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar yang bersesuaian. Mengikat tali topi keladar dengan betul dan kemas dapat mengelakkan topi keledar tercabut apabila berlaku kemalangan.

    Penunggang motosikal juga mestilah memkai jaket pantul cahaya jika menunggang motosikal pada waktu malam. Jaket pantul cahaya juga boleh dipakai jika menunggang basikal pada waktu malam. Jaket ini akan memantulkan cahaya daripada cahaya kenderaan lain. Cahaya yang dipantul akan dilihat oleh pengguna jalan raya dengan jelas.

    Kita juga perlulah berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah kenderaan. Ini dapat mengelakkan daripada dilanggar kenderaan dari belakang secara mengejut.

    Budak-budak yang lebih muda daripada kita patutlah dipimpin tangannya ketika hendak melintas jalan. Dengan cara ini, kita dapat elakkan daripada kemalangan berlaku. Menggunakan jejantas ketika hendak melintas juga adalah antara cara menjaga keselama tan di jalan raya.

    Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselama tan di jalan raya. Dengan cara menjaga keselama tan di jalan raya, kite boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan di jalan raya. Kita juga tidak akan kehilangan orang yang tersayang.

Sumber:

http://kumpulan31b2.blogspot.com/2012/04/cara-menjaga-keselamatan-di-jalan-raya.html?m=1

用户: (3,130 分) 31 48 56
谢谢.
用户: (13,450 分) 36 43 43
不客气
+1 投票
用户: (-1,860 分) 40 40 41
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.
Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang  menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.
Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.
Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里发表提问并得到解答。此外,家长也可以在这里讨论和交流。
...