Langkah-langkah boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengurangkan anak-anak bergaduh di sekolah ialah ibu bapa harus mengajar anak-anak saling menghormati antara satu sama lain sejak kecil lagi. Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana anak-anak akan meniru tindak balas ibu bapa. Seterusnya, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka dapat tahu fikiran dan perasaan anak-anak.