0 投票
402 浏览
分类:中学其它科目 | 用户: (10 分) 12 13 13
已关闭 用户:

Seni bina Rom merupakan gabungan antara Teknik seni bina yang diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang Rom dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang kreatif

  1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan seni bina sejarah yang terdapat di negara kita?

  2. Pada pendapat anda, nyatakan cara yang boleh dilakukan bagi melahirkan tokoh-tokoh seni bina hebat negara yang terkenal di seluruh dunia?

  3. Pada pandangan anda, apakah faktor yang menyebabkan seni bina zaman dahulu masih kekal utuh sehingga kini dengan mengambil satu contoh seni bina dari kerajaan Rom?

已关闭
用户: (310 分) 1 1
哇!谢谢你出了那么多问题,我去做试试。

1个回答

0 投票
用户: (11,410 分) 14 27 28
采纳于 用户:
 
已采纳

1)Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan seni bina sejarah yang terdapat di negara kita?

Pada pendapat saya, kita dapat mengekalkan seni bina sejarah yang terdapat di negara kita dengan pihak kerajaan perlu memelihara dan memulihara seni bina sejarah. Selain itu, pihak kerajaan harus sentiasa membaiki bahagian yang rosak dalam seni bina sejarah. Seterusnya, media massa boleh menyebarkan maklumat tentang kepentingan menjaga seni bina sejarah kepada rakyat. Di samping itu, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah tentang kepentingan menjaga seni bina sejarah.

2) Pada pendapat anda, nyatakan cara yang boleh dilakukan bagi melahirkan tokoh-tokoh seni bina hebat negara yang terkenal di seluruh dunia?

Pada pendapat saya, cara yang boleh dilakukan bagi melahirkan tokoh-tokoh seni bina hebat negara yang terkenal di seluruh dunia ialah pihak kerajaan boleh menggalakkan rakyat bekerja dalam bidang pembinaan. Selain itu, pihak kerajaan boleh menggunakan wang untuk pembangunan industri pembinaan. Seterusnya, ibu bapa boleh mengajar anak-anak tentang pembinaan sejak kecil lagi. Di samping itu, media massa boleh menyebarkan maklumat tentang bidang pembinaan.

3) Pada pandangan anda, apakah faktor yang menyebabkan seni bina zaman dahulu masih kekal utuh sehingga kini dengan mengambil satu contoh seni bina dari kerajaan Rom?

Pada pendapat saya, faktor yang menyebabkan seni bina zaman dahulu masih kekal utuh sehingga kini ialah pihak kerajaan sentiasa memelihara dan memulihara seni bina zaman dahulu. Selain itu, rakyat tidak merosakkan seni bina zaman dahulu semasa mengunjung. Seterusnya, rakyat menghargai sumbangan tokoh zaman dahulu yang membina seni bina. Sebagai contoh, Colosseum yang dibina semasa Tamadun Rom masih kekal sehingga kini dan merupakan suatu tempat pelancongan pada masa sekarang.

“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...