Pada pendapat saya, guru diibaratkan sebagai kandil menyuluh masa depan para pelajar kerana guru menggunakan tenaga dan masa yang banyak yang untuk mengajar murid agar mereka menjadi orang yang berguna. Guru mengorbankan masa untuk menyediakan bahan pengajaran untuk mengajar murid. Selain daripada itu, guru juga sentiasa mengambil berat dengan keadaan murid.