0 投票
305 浏览
分类:中学其它科目 | 用户: (160 分) 1 2 2
已关闭 用户:
1) Pada pendapat anda, bagaimanakah menjaga khazanah sejarah kerajaan Alam Melayu seperti seni bina di atas?

2) Apakah iktibar daripada kemasyhuran seni bina di kerajaan Alam Melayu?

3) Jelaskan sebab struktur sosial yang digunakan oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu penting untuk kestabilan kerajaan?
已关闭

1个回答

+1 投票
用户: (46,890 分) 15 50 59
修改于 用户:
 
已采纳

1) -(kamu tidak menunjukkan gambar/rangsangan "di atas")

2)Analisis soalan:Soalan ini ialah soalan KBAT.Sebarang jawaban yang logik boleh diterima.

Iktibar daripada kemasyhuran seni bina di kerajaan Alam Melayu ialah kita mesti bijak dalam menghasilkan ciptaan yang bermanfaat.Contohnya,rekod kerajaan China mencatatkan Palembang sebagai pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar, boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China.Selain itu,kita harus kreatif dalam menghasilkan barangan dalam kehidupan harian.Contohnya,Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera merupakan kekreatifan masyarakat tempatan.

3)Analisis soalan:Soalan ini juga soalan KBAT.

Sebab struktur sosial yang digunakan oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu penting untuk kestabilan kerajaan ialah setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan tersendiri yang penting dan istimewa.Contohnya,kelas atasan memainkan peranan menjaga dan melindungi rakyatnya manakala kelas bawahan memberikan taat setia kepada golongan pemerintah.Selain itu,struktur ini dapat memastikan setiap sektor dalam kerajaan Alam Melayu tersusun.Hal ini demikian kerana terdapat pekerja istana,petani,askar dan hamba untuk memastikan setiap sektor seperti sektor pertanian,sektor pertahanan dan sebagainya diurus secara teratur.

“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...