登录
记住
注册
问答
问题
热门!
未回答
分类
用户
提问
提问
Karangan (kepentingan hari kemerdekaan )范文
+4
投票
1,176
浏览
最新提问
7月 28, 2020
分类:
华小国文
|
用户:
匿名
没有数据
已关闭
8月 1, 2020
用户:
Apicel
。
已关闭
请
登录
或者
注册
后再添加评论。
1
个回答
+4
投票
最新回答
7月 28, 2020
用户:
Xin Yu Khor
(
13,450
分)
●
36
●
43
●
43
采纳于
8月 1, 2020
用户:
Apicel
已采纳
你可以这样写:
Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita?
Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini bahawa kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk mengenang jasa tokoh.
Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia Ketiga lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama negara di persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri.
Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.
Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekali gus menjana ekonomi negara.
Tuntasnya,, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit perlulah bersungguh-sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perang saudara, pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata, “sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula,” Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini.
你也可以参考以下链接:
http://www.jomria.com/2015/07/kepentingan-sambutan-bulan-kemerdekaan.html
请
登录
或者
注册
后再添加评论。
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里发表提问并得到解答。此外,家长也可以在这里讨论和交流。
分类
所有分类
询问马来文意思
(1,675)
华小问答区
(5,310)
华小国文
(1,371)
华小华文
(732)
华小英文
(583)
华小数学
(539)
华小科学
(312)
华小其它讨论
(1,773)
中学问答区
(2,280)
家长问答区
(2)
...