额外给其他人的PRPM回答:Perkataan gajet boleh digunakan selepas ejaannya disesuaikan mengikut sistem ejaan bahasa Melayu. Perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut:
gajet n alat atau peralatan yg berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak atau kepuasan sso: Anak-anak cepat meniru apa yg ditonton dlm video melalui gajet komunikasi spt tablet dan televisyen pintar. Ada pelbagai gajet yg boleh dibeli utk kegunaan dlm kereta bagi memudahkan kerja memandu anda.