Kami sekeluarga tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke negara gajah putih itu. Kami tiba di Lapangan Terbang Chiang Mai lebih kurang pada pukul 9.00 pagi dan disambut oleh pemandu pelancong dari Travel Hub. Setelah itu, kami terus mendaftar masuk di Hotel Romena Grand. Kami berehat sekejap dan makan tengah hari di hotel tersebut.
Selepas makan tengah hari, kami dibawa ke kawasan pergunungan untuk melawat perkampungan Hmong. Terdapat banyak gerai yang menjual barang kraf tangan orang asli di perkampungan ini. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa jenis cenderamata untuk diberikan kepada sanak-saudara dan sahabat handai di Malaysia.
Berikut petikan, di manakah letaknya Chiang Mai?