0 投票
2,703 浏览
分类:中学其它讨论 | 用户: (460 分) 4 4 4
已关闭 用户:

Pada hari ini, sistem raja berperlembagaan diamalkan oleh negara kita.

Mengapakah sistem tersebut perlu dikekalkan? KBAT Menganalisis

[4 markah]

已关闭

3 个回答

+3 投票
用户: (830 分) 4 10 23
采纳于 用户:
 
已采纳
写答案的时候不用想到很复杂的,题目问为什么要维护君主立宪。你可以想成为什么要遵从法律的意思。你可以写:

-Supaya negara kita menjadi aman dan tidak berlaku masalah konflik冲突

-Supaya raja tidak penyalahgunaan kuasa

-Setiap rakyat akan mempunyai hak yang sama untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama

-Maruah negara akan terpelihara

-Mengekalkan kestabilan politik

-Mengekalkan kemerdekaan negara

我不知道有没有错,这些是我想的。有错请见谅噢。
用户: (460 分) 4 4 4
ok 谢谢你੭ ᐕ)੭*⁾⁾
用户: (830 分) 4 10 23
不客气ᕙ(  • ‿ •  )ᕗ
+2 投票
用户: (-10 分) 15 15 15
A) meningkatkan kedaulatan Sultan do sesebuah kerajaan

-menjamin kestabilan politik

B) mengukuhkan kedaulatan Sultan

- supaya rakyat mengakui kedaulatan Sultan dengan memberikan setia sepenuhnya dan tidak menderhaka kepada raja

C) mewujudkan kehidupan rakyat yang aman damai sekali gus menyumbangkan kepada perkembangan sesebuah kerajaan

-rakyat yg bersatu padu be kerjasama memajukan negara mengikut kemampuan masing-masing & membawa kemashyuran ekonomi sesebuah kerajaan

D) supaya warisan yang dituruni sejak zaman Kesultanan melayu melaka ini tidak pupus ditelan zaman.

够吗?
用户: (460 分) 4 4 4
够 谢谢你( ﹡ˆoˆ﹡ )
用户: (-10 分) 15 15 15
不客气的◕‿◕
0 投票
用户: (1,100 分) 12 12 12
Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi traditional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintah dan pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad lamanya.

Institusi Raja yang bertapak di negara ini telah mengalami evolusi daripada sistem Beraja Mutlak kepada sistem Raja Berperlembagaan. Dalam sistem Beraja Mutlak, Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Raja adalah tonggak berpusatnya segala kuasa dan arahan perundangan. Raja juga adalah penyusun adat istiadat negara.

Manakala dalam sistem Raja Berperlembagaan, Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembangaan yang telah ditetapkan sekaligus menutup ruang kepada kuasa mutlak. Menerusi sistem Raja Berperlembagaan, DYMM Raja-Raja bagi negeri-negeri hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar. Sementara di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dalam semua perkara kecuali dalam beberapa perkara yang disebut sebagai kuasa budi bicara.

Sejarah Alam Melayu telah merakamkan besarnya peranan dan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam perkembangan Islam. Kesan dari pemerintahan dan pengislaman Raja-Raja Melayu menjadi titik tolak kepada pengembangan Islam di Alam Melayu. Islam berkembang dengan gemilangnya di Tanah Melayu dengan menjadi cara hidup yang mencorak sistem politik dan kebudayaan masyarakat pada masa itu. Kewibawaan Raja-Raja Melayu berkaitan Islam telah membawa kegemilangan kepada Alam Melayu dan menjadikan Tanah Melayu sebagai pusat perdagangan yang masyhur. Undang-undang Islam juga telah digunakan oleh kesultanan Melayu Lama seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 dan banyak lagi.

Peranan dan sumbangan Institusi Raja semasa kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu juga amat besar antaranya berdiplomasi dengan pihak British sehingga Institusi Raja dapat dikekalkan dan agama Islam berjaya dipertahankan walaupun beberapa negara beraja lain telah hilang sistem beraja bahkan agama yang berada di bawah naungan Raja juga telah hilang dari ruang perundangan. Contohnya di India, bukan sahaja sistem beraja yang hilang tetapi agama yang begitu berpengaruh juga telah dikeluarkan dari perundangan sehingga Perlembagaan India yang merdeka mengisytiharkan negara tersebut sebagai sebuah negara sekular. Sedangkan agama Hindu begitu sebati dengan negara India sebelum penjajahan Barat sehingga sekarang.

Selain itu, Raja-Raja Melayu juga telah menjadi benteng penghalang dari memudahkan imperialis British melakukan penjajahan mutlak. Disamping berperanan menjadi benteng yang memelihara adat dan undang-undang Islam yang digunapakai ketika itu diubah dan dibuang sepenuhnya oleh penjajah British. British sekadar berupaya memperkenalkan sistem Residen, satu bentuk penjajahan tidak langsung atau pemerintahan de facto yang masih mengekalkan kedaulatan Raja Melayu. British terpaksa mengadakan rundingan dengan setiap Sultan dan berjaya melakukan penjajahan secara mencantumkan perjanjian-perjanjian yang diperoleh secara berasingan.

 

Menjelang kemerdekaan, sistem pemerintahan Raja mutlak telah dimansuhkan dan diperkenalkan sistem berkerajaan dan bernegara yang menggabungkan Institusi Raja dengan institusi rakyat berasaskan konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Kedaulatan Raja diberikan wajah yang baru dengan dirangkaikan suara rakyat dalam satu ikatan murni. Pentingnya Institusi Raja dapat dilihat dengan jelas dan nyata termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. 10 peratus iaitu 19 dari 183 perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara-perkara berkaitan Raja yang berperanan penting dalam struktur kerajaan dan struktur Negara Bangsa.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara (per. 32), yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Perkara 44 meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen (per. 55) serta meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang (per. 66). Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (per. 41). Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman (per. 42). Baginda bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan bangsa lain (per. 153). Melalui kuasa budi bicara, menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu (per. 40(2)(c) ), Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah (per. 3). Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan (per. 40(2)(a) dan 43(2)(a). Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubar Parlimen sekiranya terdapat permintaan Perdana Menteri (per. 40(2)(a)(b). Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri (per. 43(5). Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat (per. 150) dan juga membuat undang-undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak (per. 150(2B). Atas nasihat Perdana Menteri, baginda mempunyai kuasa melantik ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis (per. 140) dan Pelajaran (per. 141A). Baginda juga melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri (per. 145).

Selain daripada kuasa dan peranan, kedudukan Institusi Raja dijamin oleh Perlembagaan. Antaranya, walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai kebebasan untuk membuat apa-apa pernyataan berkaitan Raja-Raja Melayu, namun mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau mencadangkan pemansuhan Institusi Raja dalam apa juga prosiding Parlimen (per. 63(5)). Pindaan Perlembagaan terhadap apa juga peruntukan berkaitan Majlis Raja-Raja (per. 380 dan keutamaan Raja (per. 70) juga tidak boleh dilaksana tanpa perkenan Majlis Raja-Raja (per. 159(5)). Dalam aspek perundangan, kedudukan Raja-Raja Melayu agak terselamat bukan sahaja atas kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri. Di samping peruntukan Perlembagaan seperti mana yang telah disebut di atas, undang-undang jenayah negara juga menjaga kedudukan Raja-Raja Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun Keseksaan. Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap lima negara, adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup ataupun hukum bunuh. Misalnya kesalahan berperang melawan Raja-Raja. Hukuman bunuh juga boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan terhadap tubuh badan Raja atau bakal pengganti Raja. Sementara itu penjara seumur hidup atau denda boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang untuk memecat atau melucutkan Raja daripada takhta mereka.

Institusi Raja telah diterima sebagai simbol perpaduan. Menerusi Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 153 menjaga kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan bangsa lain. Ini bermaksud, Raja bukan hanya Raja kepada sesuatu bangsa atau golongan tertentu sahaja. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik. Raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan merupakan lambang kuasa dan simbol perpaduan. Sehingga ke hari ini, Malaysia masih mengamalkan sistem pemerintah demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Semua rakyat tidak kira bangsa dan agama hidup aman dan menikmati kekayaan seluas-luasnya di atas bumi bertuah ini. Malah, negara-negara di Eropah juga masih mengekalkan sistem monarki dan menyanjung tinggi Raja-Raja mereka.

Maka, Institusi Beraja di Malaysia pada masa kini perlu dikekalkan dan diperlihara. Terdapat dua sebab utama Institusi Raja ini perlu dikekalkan. Pertama, sebagai kesinambungan agama, budaya, adab resam dan cara hidup. Ini kerana, kerajaan dan dasar boleh bertukar setiap lima tahun, namun ada beberapa perkara perlu dikekalkan untuk kestabilan dan kesinambungan agama, identiti, budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Sejak berkurun lamanya budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia adalah cara hidup budaya Melayu dan Islam. Budaya dan cara hidup ini perlu dikekalkan dan dilindungi kerana ianya adalah teras dan asas kepada pegangan moral, adab, kesopanan dan kesusilaan majoriti masyarakat Malaysia. Tanpa asas moral atau agama yang kuat, maka kesusilaan dan adab masyarakat kita akan menjadi lemah. Pada masa inilah Institusi Raja-Raja adalah penting sebagai pelindung dan pengekal identiti dan cara hidup walaupun kerajaan bertukar ganti di Parlimen.

Kedua, Institusi Raja-Raja Melayu sebagai satu institusi semak imbang terakhir kepada kuasa kerajaan dan Perdana Menteri. Walaupun sistem republik tanpa Institusi Beraja akan mewujudkan sistem demokrasi total dengan kuasa rakyat, namun sejarah pernah membuktikan di serata dunia yang sistem demokrasi adalah terdedah kepada salah guna kuasa dan korupsi serta pemerintahan diktator akibat daripada pemusatan kuasa yang mudah dibuat dengan memanipulasi pendapat awam. Sebagai contoh, demokrasilah yang memilih Hitler dalam pilihan raya negara Jerman sebagai pemimpin mereka pada awal abad ke-20. Demokrasi juga memilih Slobodan Milosevic sebagai presiden yang menghasut majoriti rakyat Yugoslavia berbangsa Serbia untuk membunuh etnik minoriti Bosnia dalam penghapusan etnik pada awal tahun 1990-an. Dan demokrasi juga yang tidak mampu untuk menghalang pembunuhan etnik beramai-ramai di Rwanda pada 1994 dan memburukkan lagi keadaan apabila majoriti etnik Hutu yang menguasai kerajaan melalui pilihanraya membunuh satu juta etnik minoriti Tutsi. Sistem demokrasi adalah baik dan sehingga kini tiada sistem politik lain yang lebih baik daripada sistem demokrasi. Namun sistem ini perlu disemak imbang kerana ia tidak sempurna dan pernah mengakibatkan tragedi seperti tragedi-tragedi dalam sejarah di seluruh dunia seperti di atas.

Walaupun terdapat Parlimen dan mahkamah untuk semak imbang kerajaan, namun jika Parlimen dikuasai wakil rakyat kerajaan dengan kuat, maka ia tidak akan berjaya menyemak imbang kerajaan dan Perdana Menteri. Sejarah juga pernah membuktikan mahkamah juga pernah terdedah kepada pengaruh kuasa Perdana Menteri. Bahkan mahkamah juga pernah menjadi asbab tragedi seperti yang berlaku di Rwanda pada 1994, bermulanya pembunuhan beramai-ramai etnik Tutsi oleh etnik majoriti Hutu adalah apabila seorang hakim mahkamah menuduh kaum etnik Tutsi yang membunuh Presiden Rwanda berbangsa Hutu yang mati akibat tembakan roket yang mengenai helikopter yang dinaikinya. Justeru itu, Institusi Raja-Raja di Malaysia ini adalah penting diperlihara dan dikekalkan sebagai pelindung kesinambungan identiti, cara hidup dan budaya masyarakat Malaysia, dan sebagai institusi semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara setelah institusi-institusi lain seperti Parlimen dan mahkamah tidak berjaya.
用户: (111,210 分) 34 43 51
哪里抄来的?这是四分题,不需要写那么多。
用户: (460 分) 4 4 4
妈呀好长哈哈哈哈 不过还是谢谢你
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里发表提问并得到解答。此外,家长也可以在这里讨论和交流。
...