Pada pendapat saya ,kecacatan tidak akan menghalang seseorang untuk mencapai impian yang diimpikan. Kerana orang yang mempunyai kecacatan boleh mencapai impian mereka menurut langkah lain. Sebagai contoh , pada alaf kontemporari ini dunia kita telah mencipta banyak barang kemudahan untuk orang kecacatan seperti kerusi roda , braille dan sebagainya . Kemudahan-kemudahan sebegini dapat meringankan beban mereka , oleh itu mereka dapat mencapai impian mereka lebih senang . Selain itu, kerajaan telah memberi banyak kemudahan dan bantuan kepada orang kecacatan seperti bantuan elaun pekerja cacat ,geran pelancaran,bantuan IPTA dan lain-lain. Semua bantuan ini dapat menyelesaikan masalah kewangan orang kecacatan , oleh itu banyak sekolah orang cacat telah dibina , kemudahan ini akan membuktikan orang yang mempunyai kecacatan dapat melaksanakan sebarang masalah sendiri tanpa pertolongan orang lain.