Saya bersetuju menambahkan perkataan "jawaban" kerana perkataan boleh dicari dalam Kamus Dewan. Sebenarnya, "jawapan" ialah variasi kata kepada "jawaban". Begitu juga dengan perkataan "kewajiban" pun boleh diterima kerana "kewajipan" ialah variasi kata kepada "kewajiban" Saya juga bercadang untuk menambahkan perkataan "kewajiban" dan "berkewajiban" dalam eKamus.
Walau bagaimanapun, ejaan bagi "bahulu" adalah salah dan ejaan yang betul hanya "baulu" sahaja. Perkataan "bahulu" tidak dapat dicari dalam Kamus Dewan.