+4 投票
934 浏览
分类:其它 | 用户: (310 分) 1 1 1
已关闭 用户:
在wikipedia才找到

Berendoi : Berasal daripada perkataan yang diambil daripada loghat Melayu Perlis yang bermaksud buaian untuk menidurkan bayi

源自Perlis马来语方言,意为抚慰婴儿的摇篮

Derived from the words taken from Perlis Malay dialect which means the cradle to lull baby
已关闭
用户: (5,200 分) 12 16 18
我也不知道。有些字我也找不到。
用户: (51,100 分) 55 103 120
@ModEReX 那个,我找到一个视频,有可能能够帮助你更好的理解berendoi这个字
https://www.youtube.com/watch?v=lv21-Fzi0HQ

2 个回答

+2 投票
用户: (110,970 分) 31 41 47
采纳于 用户:
 
已采纳

Berendoi 收录在百科全书 (ensiklopedia) ,没有收录在字典内。参考 carian umum 的 khidmat nasihat 

问:

Takrif 'berendoi' dan kenapa perkataan tersebut yang merupakan adat Melayu tidak tersenarai dalam kamus?

答:

Takrif "berendoi" telah dirakam dalam Ensiklopedia. BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir. Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai). Pada ketika anak itu selamat dinaikkan keendoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi. Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah. 

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Berendoi&d=175768&#LIHATSINI

0 投票
用户: (22,850 分) 135 157 162

Berendoi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...