Jawapan:
Isi 1: Peluang pekerjaan dapat menarik ramai penduduk untuk menetap di kawasan tersebut.
Huraian: Apabila banyak peluang pekerjaan ditawarkan, ramai orang akan berpindah ke kawasan itu untuk mencari rezeki. Hal ini menyebabkan bilangan penduduk bertambah dan aktiviti ekonomi yang dilakukan akan memajukan sesebuah kawasan.
Isi 2: Peluang pekerjaan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Huraian: Apabila penduduk mempunyai pekerjaan tetap, mereka akan memperoleh gaji dan mampu berbelanja di kedai-kedai sekitar. Ini akan menggalakkan pertumbuhan perniagaan dan memajukan ekonomi kawasan tersebut.