KUALA LUMPUR 28 Okt.- Dua tahun lalu seramai 35,000 individu hilang pekerjaan manakala dalam tempoh Januari dengan Ogos tahun lepas, angka itu sudah mencecah 13,099 orang dengan purata seramai 1,625orang diberhentikan kerja setiap bulan dengan berbagai alasan. Masalah ini dijangka berlarutan hingga tahun depan yang mungkin mempenontonkan lebih banyak individu bakal hilang pekerjaan disebabkan pelbagai faktor.
Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC), Datuk Abdul Halin Mansor "Jika tahun ini secara putara lebih 1,600 pekerja dibuang setiap tahun, tidak mustahil majikan akan melaksanakan proses penyusutan kos dengan memberhentikan lebih banyak pekerja pada tahun depan."