Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
Qaireen dan Zahra sedang berjalan pulang selepas menjalani latihan bola jaring di sekolah. Tiba-tiba mereka ternampak ada seorang nenek hendak melintas jalan raya. Apakah tindakan yang perlu mereka lakukan selepas ternampak situasi itu?