Amalan melayari Internet sangat penting kepada kita. Mutakhir ini banyak murid menyalahguna Internet. Kesannya, ibu bapa berasa risau. Oleh itu, apakah faedah melayari Internet? Sesungguhnya, faedah melayari Internet ialah memudahkan urusan. Dengan ini, kita boleh melaksanakan kerja dengan mudah. Hal ini demikian kerana Internet dapat menyimpan data yang banyak. Selain itu, kita boleh memperoleh maklumat yang banyak dengan melayari Internet. Dengan itu, kita dapat dibantu dalam pembelajaran dan boleh menjimatkan masa. Di samping itu, kita boleh memudahkan komunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, kita dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain. Melayari Internet mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, kita mesti memanfaatkan Internet dengan bijak.
请各位帮我检查,谢谢。