Pada pendapat saya,cara yang pertama untuk mengawal ketagihan telefon pintar dalam kalangan murid ialah mengehadkan waktu penggunaan telefon pintar . Ibu bapa boleh mengehadkan waktu anak-anak menggunakan telefon pintar tiga jam sehari. Kesannya, anak-anak akan patuh kepada arahan ibu bapa mereka dan mencuba untuk menggunakan peluang bermain telefon pintar dengan sebaiknya. Mereka akan lebih menghargai penggunaan telefon pintar dengan hanya menggunakannya untuk mencari rujukan dalam internet tentang pelajaran di sekolah. Dengan demikian, prestasi anak-anak dalam pelajaran akan meningkat.Seterusnya,pihak sekolah haruslah mengadakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik terutamanya pada musim cuti sekolah . Hal ini demikian kerana masa lapang murid-murid dapat dimanfaatkan dan mereka tidak akan main telefon pintar lagi.Bak kata peribahasa , masa itu emas .Selain itu,pihak kerajaan patutlah mengada program jom kenali keburukan main telefon pintar atau kempen kesedaran tentang telefon pintar .Dengan hal yang demikian,aktiviti-aktiviti tersebut akan menberi kesedaran kepada mereka.