+3 投票
2,662 浏览
分类:中学马来文 | 用户: (-1,860 分) 37 40 40
已关闭 用户:

A)Tentukan jenis ayat dalam setiap ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.


(i) Budak perempuan yang sedang menangis itu ialah adik perempuan saya.

(ii) Encik Lee masih terkenang akan peristiwa yang sangat menyayat hati itu?

(iii) Wah, bertuahnya kamu dapat berjumpa dengan sasterawan itu!

(iv) Apakah yang cuba disampaikan oleh beliau?

(v) Awak perlu menyiapkan kerja yang saya beri itu sekarang juga.

B)Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Syarifah menghadiahkan sebuah novel kepada Izzati bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

(ii) Danial membersihkan bilik tidurnya pada waktu pagi.

(iii) Saya membasuh kereta ayah petang semalam.

(iv) Ibu menghidangkan makan tengah hari agak lewat kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan penting di luar.

(v) Abang membaca surat khabar itu di anjung rumah.

C)Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.


(i) Kakak menggubah sejambak bunga untuk ibu.
SUBJEK:
PREDIKAT:

(ii) Malaysia telah mengalahkan Indonesia dalam pertandingan akhir Piala Thomas.
SUBJEK:
PREDIKAT:

(iii) Saya meminjam Kamus Dewan yang tebal itu daripada Cikgu Jamaliah.
SUBJEK:
PREDIKAT:

(iv) Juara pertandingan memasak itu menerima pelbagai hadiah daripada penganjur.
SUBJEK:
PREDIKAT:

(v) Cikgu Syed Alwi mengadakan kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu pada setiap petang Isnin.
SUBJEK:
PREDIKAT:

教教我,谢谢

已关闭
用户: (23,590 分) 46 54 59
这个a项,小学老师其实会教的,你要先尝试看看,真的不会才发问。

1个回答

+2 投票
用户: (4,310 分) 46 51 51
采纳于 用户:
 
已采纳

A

i)ayat penyata

ii)ayat tanya

iii)ayat seruan

iv)ayat tanya

v)ayat perintah

B

i)Sebuah novel dihadiahkan oleh Syarifah kepada Izzati bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

ii)Bilik tidur Daniel dibersihkan olehnya pada waktu pagi.

iii)Kereta ayah saya basuh petang semalam.

iv)Makan tengah hari dihidangkan oleh ibu agak lewat kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan penting di luar.

v)Surat khabar itu dibaca oleh abang di anjung rumah.

C

(i) Kakak menggubah sejambak bunga untuk ibu.
SUBJEK:Kakak
PREDIKAT:menggubah sejambak bunga untuk ibu.

(ii) Malaysia telah mengalahkan Indonesia dalam pertandingan akhir Piala Thomas.
SUBJEK:Malaysia
PREDIKAT:telah mengalahkan Indonesia dalam pertandingan akhir Piala Thomas.

(iii) Saya meminjam Kamus Dewan yang tebal itu daripada Cikgu Jamaliah.
SUBJEK:Saya
PREDIKAT:meminjam Kamus Dewan yang tebal itu daripada Cikgu Jamaliah.

(iv) Juara pertandingan memasak itu menerima pelbagai hadiah daripada penganjur.
SUBJEK:Juara pertandingan memasak itu
PREDIKAT:menerima pelbagai hadiah daripada penganjur.

(v) Cikgu Syed Alwi mengadakan kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu pada setiap petang Isnin.
SUBJEK:Cikgu Syed Alwi 
PREDIKAT:mengadakan kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu pada setiap petang Isnin.

我不知道我的答案是否完全正确,希望能帮到你。

用户: (-1,860 分) 37 40 40
谢谢你
用户: (4,310 分) 46 51 51
u welcome
“eWenda e问答”是一个专为马来西亚华裔生所建立的学业疑问问答平台。学生可以在这里免费发表提问并得到解答。
...