Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan. Siratan makanan wujud kerana sesuatu sumber makanan jarang sekali dimakan oleh hanya satu jenis hidupan sahaja. Ini penting bagi memastikan kemandirian sesuatu spesies. Seperti rantai makanan, siratan makanan dimulakan dengan hidupan pengeluar (autotrof). Setiap kawasan yang wujud dalam alam ini mempunyai siratan makanan yang tersendiri.